
muke cm per tah bjet lwa..haha..
Saya masih ingat lagi tatkala kawan saya menangis apabila cinta sejatinya akhirnya berkecai. Berhari-hari terperap dalam bilik. Kehidupannya mula tidak terurus. Tidak mahu makan dan minum. Setiap hari menyumpah-nyumpah bekas kekasihnya. Terjerit-jerit macam tarzan setiap hari. Habis barang-barang pemberian bekas teman lelakinya di bakarnya tidak cukup itu barang-barang dalam rumah juga dimusnahkan. Kadang-kadang kawan saya tidak ubah macam orang gila. Kasihan pun ada , sedih pun kadang kala lucu pun ada. Hebatnya kuasa cinta. Kalau jatuh cinta semalaman tidak boleh tidur, asyik tersenyum sepanjang masa kalau boleh hari-hari nak jumpa. Kalau putus cinta , macam orang yang akan diusung dalam keranda. Kata orang bila putus cinta, rasanya macam nak mati!. Pada memang ramai perempuan sukar menerima kenyataan yang diri tidak dicintai lagi. Saya pesan kepada perempuan, lelaki yang curang perlu dijauhi jangan sesekali beri peluang yang kedua kerana dia akan mempergunakan peluang yang kedua untuk mencintai wanita lain. Lelaki sebenarnya akan mengambil kesempatan
Saya tahu rasanya bila jatuh cinta. ..:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />
Saya ada bertanya kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita. Kenapa kamu kumpul teman wanita? Jawabnya nak pilih yang mana sesuai dengan aku dan dijadikan calon isteri. Ha, kepada mereka yang tahu teman lelaki mereka ramai teman wanita jadilah perempuan melayu terakhir. Saya tanya soalan lain pula, tapi kamu selalu menghabiskan duit untuk teman-teman wanita kamu, tak rugi ke? dia tersengih-sengih macam ulat bulu naik daun, duit boleh di cari tapi cinta sejati sukar di cari. Hmmm dia sanggup melaburkan wang semata-mata mahu mencari pasangan yang sesuai tapi kumpulkan perempuan jadi koleksi tak pernah merugikan lagipun banyak faedahnya. Lihat, perempuan hanya dijadikan bahan boneka seorang lelaki. Bila seseorang lelaki itu kesepian dia akan mencari wanita lain, bila jumpa dia tetap akan mencari yang lain agar dapat melunaskan kesepiannya. Pendek kata kebanyakkan lelaki, tidak dapat hidup tanpa wanita bukannya tanpa cinta. Saya selalu bertemu dengan lelaki yang selalu menceritakan kisah cinta lampaunya kemudian memburuk-burukkan bekas teman wanitanya. Jadi jangan terkejut kalau keesokkannya anda bertemu dengan lelaki bersama teman wanita yang dia buruk-burukkan.
kKadang kadang saya keliru perbezaan kawan baik dengan kekasih. Saya selalu dengar dari mulut seorang lelaki, sahabat perempuan saya lebih istimewa daripada kekasih sendiri.