Monday, December 20, 2010

GADIS GEDIK PUNCA MASALAH....


SAYA remaja perempuan yang mendapat kerja di sebuah syarikat swasta. Secara jujur, saya gemar pekerjaan itu kerana berkait dengan minat saya.

Gaji yang diberi sesuai dengan kelayakan, bagaimanapun, saya mempunyai masalah dengan salah seorang rakan sekerja wanita yang “gedik” dan mengada-ngada.

Saya menganggap dia “gedik” kerana sikapnya yang suka berpakaian seksi, bercakap lemah lembut dan berlagak manja tidak kena tempat. Biarlah saya panggil dia Cik X saja.

Sikap suka seksi dan “gedik” Cik X membuatkan ramai pekerja lelaki terliur hingga ada segelintir yang amat menyayangi dan sentiasa menyebelahi terutamanya dalam hal-hal kerja. Dia pandai mengambil hati pekerja lelaki termasuk bos.
Apa yang lebih menghairankan ialah sikap seorang ustaz yang juga nampaknya tergoda dengan aksi seksi dan manja Cik X.

Kami di pejabat panggil dia ustaz kerana dia selalu membaca doa di setiap majlis yang diadakan selain pandai mengaji. Kadangkala, saya lihat macam nak terkeluar biji mata Ustaz tengok Cik X. Adakah saya wajar berperasaan begitu?
Untuk pengetahuan Dr, Cik X suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keikhlasan rakan wanita di pejabat.

Dia selalu meminta bantuan untuk menyiapkan kerjanya dari kami tapi tidak pernah menghargainya dan mendakwa kerja itu adalah hasilnya sendiri dan membuatkan kami tertekan dengan sikapnya.

Disebabkan kerjanya selalu cepat, bos menganggap Cik X adalah pekerja yang cekap. Satu lagi yang menjadi gangguan perasaan saya ialah sikap bos
Dia baik dan umurnya sekitar 40 an tapi saya juga lihat dia terpegun dengan kemanjaan Cik X. Di mata bos saya, Cik X adalah pekerja sempurna kerana di depannya dia selalu bercakap lembut, manja dan menyatakan bahawa dia sering menjadi mangsa aniaya kami.

Dr, apabila mengenangkan perkara ini, saya rasa macam hendak berhenti kerja dan mencari kerja lain tapi bos saya baik.

Bagaimanapun kerana rapat dengan bos, Cik X dinaikkan pangkat dan saya anggap tidak adil kerana pekerja lama yang berdedikasi tidak dinaikkan pangkat sebab tidak pandai mengampu.

Dr, mungkin orang lain anggap ini perkara kecil, tetapi saya amat tertekan.
Saya ingin bertanya adakah semua lelaki suka kepada perempuan yang seksi, manja dan bersifat mengada-ngada selain mengapa ustaz yang dianggap alim tapi sama seperti lelaki lain.

Saya ingin bersangka baik pada Cik X tapi setiap kali melihat dan teringat sikapnya saya tertekan



Read more: http://ohmacamitu.com/blog/tag/nasihat-gadis-gedik/#ixzz18cSmZzlA

KEHIDUPAN+ GELAGAT


Ok mari aku cerita fasal pertama kalinya menjelajah ke alam Universiti..aku rasa agak bangga jugalah tetapi lama kelamaan rasa biasa-biasa sahaja.(hmmm penat oh).Pelajar Universiti asal dapat "laptop" baru aje mulalah online tempat-tempat yang ada wireless! * tapi malas nak hadir ke kuliah ( apa kau hengat kau dah "genius" sangat hape???) tapi tak apa aku pandang aje mereka..lagi satu aku agak fed up dengan pelajar yang kurang sopan..maksud aku bagi budak2 yang terdedah sana terdedah sini..semua tu annoying sangat.. baru aku perasan banyak betul perkataan sangat yang aku gunakan di sini...( kalau tak cukup kain " baik tak payah beli baju-hishhhh idiot~") p/s: pada yang terasa masam,masin,pahit,pedas,tawar & manis tuh paham-pahamlah ya..change it people! ha! lagi satu ini fasal kaum GEDIK~ kaum gedik ini tidak kiralah wanita mahupun lelaki...pelik aku dibuatnya...?sanggup jadi gedik? kau tak geli tengok mereka berkelakuan sedemikian?behave a bit human!..mak bapak dah ajar dari kau lahir sahaja ke dunia yang penuh dengan kepura-puraan ni..jadi fikirlah apa yang baik dan buruk..ini aku nak cerita sikit..petang tadi aku pergi kedai mamak sementara perut merengek minta makanan untuk menyuntik tenaga aku kembali.. aku mengaku! memang aku keletihan sungguh tadi...aku pergi masuk toilet tuh...asal je aku masuk toilet tuh aku tak suka sebab mesti nampak satu plastik jarang yang aku sendiri tidak tahu apa yang berada di dalamnya..ngeri sungguh!aku dan kembar aku rasa takut nak "membuang saham & wee wee ( kencing ) " lantas terbantut program yang ingin aku lancarkan hahahaha takut-takut dalam plastik tu ada camera perhaps?humm tak mengapa..akan aku buka plastik tu suatu hari nanti...nanti aku sambung cerita lagi eyh.. =) from akk ana..^-^