Monday, April 26, 2010

ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA….




1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik. Akhirkata,

Apa itu perempuan gedik?


1.Perempuan yang tergedik2 kacaw bf/laki orang lain.
2.Perempuan yang bajet 'hot'. (prasan cun tp hakikatnya oh tidak langsung)
3.Perempuan yang suka gelak kuat2 sbb nk tarik perhatian org rmai.
4.Perempuan yang cuma kawan dengan lelaki.
5.Perempuan yang... suka pakai sexy2. (kaki berkurap, badan mengelebeh, badan bertompok. saja nk tyg kt laki len. kira mcm bajet hot la)
6.Perempuan yang suka pegang2 lelaki.
7.Perempuan yang suka support laki sbb nk rmai kwn laki.
8.Perempuan yang x mengaku ada bf.
9.Perempuan yang suka bangga2 dkt kawan laki yang dia kononnya ramai'secret admire'.
10.Perempuan yang suka tukar2 bf.
Inikah yang dikatakan perempuan GEDIK? Apa komen anda?

walaupun kita benci tpi dia orang tu cantik....

wah,panjang kan tajuknya......
Idea menulis ini dicungkil hasil brain storming bersama rakan-rakan di sebuah lab pada suatu petang
tatkala melihat facebook seorang senior
"wah,cunnya dia ni.tak perlu gedik-gedik buat-buat manja macam sesetengah orang"
yup,she is really really beautiful compared to another girls that i know,who is totally gedik dan suka buat aksi manja ala ala cute

oh,perempuan gedik memang banyak bersepah di sekeliling kita,apatah lagi di era kemodenan,equaliti di mana perempuan nak nampak menonjol dan dilihat setaraf dengan lelaki.By the way,apakah definasi gedik???
-mengada-ngada
-suka tarik perhatian
-manja yang dibuat-buat

dan ada yang faham gedik tu sebagai ceria,happening dan kelakar(wah,gedikkah aku jika begitu)

Namun,gedik yang ingin ditegaskan adalah gedik yang pilihan pertama,kalau ada yang nak kata ceria dan happening itu adalah gedik,silakan.

Biasalah,kita memang selalunya menyampah tengok perempuan gedik,dengan aksinya,gayanya,rasa macam nak sepak-sepak je kan.Tapi kadang-kadang,ada orang yang tak perasan diorang gedik.Sebab sifat manja tu adakalnya adalah semulajadi,jadi orang dah tafsirkan mereka sebagai gedik,walaupun sebenarnya tidak.kesian kan..

Tapi kalau gedik yang sengaja sampai nak buat orang termuntah..harus disepak terajang hingga terlentang....
Walau apa pun keburukan si gedik,mereka tetap ada kelabihan tersendiri iaitu selalu nampak gorgeous dan bergaya,Kebanyakan yang aku tengok macam tu la.Mungkin mereka sedar yang kegedikan mereka itu mampu meraih perhatian,justeru banyak mata tertumpu kepada mereka.dan untuk menjaga imej,maka mereka harus berpakaian kemas dan cantik.Takkan lah nak dengar orang kutuk
"dah la gedik,selekeh pulak tu"
kerana perkataan gedik dan selekeh adalah nampak antonim,tidak sesuai bergerak berganding bahu

Para gediks selalunya agak arif mengenai dunia fesyen dan penampilan diri,juga senang untuk dicam dan dikenalpasti.maka senanglah untuk dapat job kerana mereka agak berkeyakinan tinggi dan berani bersuara even nampak macam mengada-ngadalah.Cuma mereka perlu membuktikan bahawa mereka adalah beauty with brain,bukan dumb blonde.

maka wanita gedik itu selalu menepati ciri gorgeous:bergaya dan berkeyakinan.Oh mungkin kurang satu yang tak semua gediks ada iaitu BIJAK.

Saturday, April 24, 2010

Saya masih ingat lagi tatkala kawan saya menangis apabila cinta sejatinya akhirnya berkecai. Berhari-hari terperap dalam bilik. Kehidupannya mula tidak terurus. Tidak mahu makan dan minum. Setiap hari menyumpah-nyumpah bekas kekasihnya. Terjerit-jerit macam tarzan setiap hari. Habis barang-barang pemberian bekas teman lelakinya di bakarnya tidak cukup itu barang-barang dalam rumah juga dimusnahkan. Kadang-kadang kawan saya tidak ubah macam orang gila. Kasihan pun ada , sedih pun kadang kala lucu pun ada. Hebatnya kuasa cinta. Kalau jatuh cinta semalaman tidak boleh tidur, asyik tersenyum sepanjang masa kalau boleh hari-hari nak jumpa. Kalau putus cinta , macam orang yang akan diusung dalam keranda. Kata orang bila putus cinta, rasanya macam nak mati!. Pada memang ramai perempuan sukar menerima kenyataan yang diri tidak dicintai lagi. Saya pesan kepada perempuan, lelaki yang curang perlu dijauhi jangan sesekali beri peluang yang kedua kerana dia akan mempergunakan peluang yang kedua untuk mencintai wanita lain. Lelaki sebenarnya akan mengambil kesempatan

Saya tahu rasanya bila jatuh cinta. ..:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Ada yang kata nak peluk tiang, peluk bantal sampai terlena, hari-hari sms, bergayut di telefon sampai bil melambung beribu-ribu ringgit, makan nasi pun kata manis, minum pepsi pun kata rasa masam dan bermacam-macam lagilah. Itulah padahnya bila hanyut dalam dunia cinta. Saya selalu sedarkan diri saya cinta yang di bina tak semestinya akan sampai ke jinjang pelamin. Kalau bercinta sepuluh kali pun gagal, macam mana?Saya juga selalu fahamkan diri saya, lelaki yang mahu berkawan, menelefon atau selalu miscall kita tak semestinya dia akan jatuh cinta dengan kita sebaliknya sekadar mahu menguji kita kadang kala kita hanya sebagai sandaran saat dia kesepian, pendek kata lelaki ini akan menggelupur bila tiada seorang perempuan dalam hidupnya. Lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan!

Saya ada bertanya kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita. Kenapa kamu kumpul teman wanita? Jawabnya nak pilih yang mana sesuai dengan aku dan dijadikan calon isteri. Ha, kepada mereka yang tahu teman lelaki mereka ramai teman wanita jadilah perempuan melayu terakhir. Saya tanya soalan lain pula, tapi kamu selalu menghabiskan duit untuk teman-teman wanita kamu, tak rugi ke? dia tersengih-sengih macam ulat bulu naik daun, duit boleh di cari tapi cinta sejati sukar di cari. Hmmm dia sanggup melaburkan wang semata-mata mahu mencari pasangan yang sesuai tapi kumpulkan perempuan jadi koleksi tak pernah merugikan lagipun banyak faedahnya. Lihat, perempuan hanya dijadikan bahan boneka seorang lelaki. Bila seseorang lelaki itu kesepian dia akan mencari wanita lain, bila jumpa dia tetap akan mencari yang lain agar dapat melunaskan kesepiannya. Pendek kata kebanyakkan lelaki, tidak dapat hidup tanpa wanita bukannya tanpa cinta. Saya selalu bertemu dengan lelaki yang selalu menceritakan kisah cinta lampaunya kemudian memburuk-burukkan bekas teman wanitanya. Jadi jangan terkejut kalau keesokkannya anda bertemu dengan lelaki bersama teman wanita yang dia buruk-burukkan.

kKadang kadang saya keliru perbezaan kawan baik dengan kekasih. Saya selalu dengar dari mulut seorang lelaki, sahabat perempuan saya lebih istimewa daripada kekasih sendiri. Ada seorang kawan saya dulu berkawan baik dengan seorang lelaki. Hubungan mereka intim dan saling mengenali antara satu sama lain malah keluarga pun mereka pun turut tahu akan hubungan persahabatan antara mereka berdua. Ke mana mereka pergi mereka tetap bersama. Kalau orang lain tak tahu itu pasti mereka akan menyangkakan mereka adalah pasangan kekasih. Kalau kawan-kawan mereka Tanya, mereka hanya akan menjawab just friend tapi kalau kawannya tak percaya juga mulalah melenting . Lain cerita pula, mereka sepasang kekasih, dan mempunyai sahabat perempuan yang amat setia dengan mereka. Lelaki ni kalau ada masalah tak beritahu aweknya sebaliknya bercerita dengan sahabat perempuannya. Boleh dikatakan semua masalah diluahkan pada sahabat perempuannya. Si aweknya yang manja-manja dan gedik-gedik pula tidak tahu apa-apa. Kena kutuk dek teman lelaki pun masih merindui dan mencintai teman lelakinya. Akhir sekali si aweknya terima kad jemputan dari teman lelakinya yang akan berkahwin dengan sahabatnya. Kata teman lelakinya, keluarganya sudah berkenan dengan sahabatnya. ..:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Wahai sahabat-sahabat perempuan, jangan terlalu taksub dengan cinta, jangan terlalu manja, buang perangai tergedik-gedik, jangan terlalu perasan, dan jangan jadi materialistic kerana semua itu adalah ciri-ciri yang boleh mengorbankan cinta anda. Kalau anda putus cinta, jangan jadi macam orang gila. Anda mesti tenang, berfikiran waras dan buktikan yang anda kuat, tenang dan tabah setelah ketiadaan orang yang istimewa. Kalau anda juga menjadi kekasih suatu hari nanti, anda juga perlu menjadi seorang sahabat pada teman lelaki anda dan jangan benarkan dia mencari sahabat perempuan melainkan sahabat lelaki dalam hidupnya.